Tuesday, 25 November 2014

Pengertian Nilai Murni

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Menurut Wan Mohd. Zahid nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.



Menyedari akan kepentingan penerapan nilai dalam masyarakat, pusat Perkembangan Kurikulum telah menyenaraikan sebanyak 15 nilai murni dalam Falsafah dalam Falsafah Pendidikan Negara sebagai salah satu elemen dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kesemua nilai-nilai yang digariskan ini merupakan nilai-nilla asas peribadi yang diterapkan dalam kalangan murid. Penerapan nilai sejak di peringkat  sekolah sememangnya sangat tepat kerana nilai merupakan penentu dalam diri manusia seterusnya mempengaruhi pilihannya dalam kehidupan dan akan menentukan tingkah laku.

3 comments: