Nota

ULASAN NILAI-NILAI MURNI

Membina ulasan tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan merupakan soalan Bahagian C dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. Bahagian ini memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.

Murid hendaklah mengecam nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang diberikan. Semasa membaca petikan, murid perlu mencari, mengenal pasti frasa atau ayat yang mengandungi nilai-nilai dan kemudian menjelmakannya kepada nilai-nlai yang akan diulas nanti.
Murid juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Nilai bagi ayat ini ialah "menghargai", manakala perbuatan yang menunjukkan adanya nilai ialah "Abang mengucapkan terima kasih".

Membezakan antara perbuatan dengan nilai penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan iaitu:

Langkah Pertama

Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah "mengulang kaji". Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.

Langkah Kedua

Murid perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:
a) Nilai murni - rajin
b) Perbuatan - mengulang kaji pelajaran
c) Mengapa - lulus periksa
  
Langkah Ketiga

Membina ulasan lengkap, contohnya: Kita mestilah rajin dengan mengulang kaji pelajaran agar lulus dalam peperiksaan. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik.

Langkah Keempat

Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.


Formula atau Teknik Mudah ASSDA


   i.  Antara nilai murni/pengajaran….              A
    ii.  Seterusnya……………..                              S
   iii.  Selain itu………                                          S
   iv.  Di samping itu…….                                    D
    v.  Akhir sekali ……….                                   A
  

Murid juga boleh mengikut kerangka menjawab atau menulis nilai murni/pengajaran dalam satu perenggan seperti di bawah. 


Antara nilai murni / pengajaran yang saya peroleh daripada petikan ialah …………………….........................................
………………… . Seterusnya, kita perlulah………............................
................................................................................Selain itu, kita mestilah……………………………….........................................................
Di samping  itu, kita sewajarnya .............................................
….....................................Akhir sekali,kita ……….............................

No comments:

Post a Comment