1. Tuliskan nilai murni
berdasarkan ayat-ayat yang diberi.
Ayat
|
Nilai murni
|
Walaupun
hidup dalam kemiskinan,semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh tidak
pernah luntur.
|
|
Pada waktu petang pula, setelah menyiapkan kerja
sekolah, Sazali membantu emaknya berkebun di belakang rumah mereka.
|
|
Dari
hasil berkebun ini juga,Mak Timah, ibu Sazali turut menabung untuk keperluan
pelajaran Sazali.
|
|
Sazali
begitu menghargai dan sayang akan emaknya.
|
|
Mak Timah sentiasa bersyukur kerana dikurniakan
kesihatan yang baik kepada mereka.
|
2. Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Penduduk Kampung Damai telah
menerima anugerah sebagai kampung terbaik. Ini kerana penduduk Kampung Damai
hidup dalam suasana aman dan harmoni. Mereka saling menghormati antara satu
sama lain. Di samping itu, mereka akan bertolak ansur sekiranya berlaku
perselisihan faham. Mereka sentiasa merujuk kepada ketua kampung sekiranya
terdapat sebarang masalah yang perlu diselesaikan secara bersama.
Pada hujung minggu, penduduk Kampung
Damai akan mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan kampung. Mereka bantu-membantu
antara satu sama lain. Ativiti gotong-royong ini secara tidak langsung dapat
mengeratkan hubungan sesama mereka.
3. Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada pantun di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya sehelai seluar;
Kalau mahu menjadi pandai,
Hendaklah sentiasa rajin belajar.
Belikan saya sehelai seluar;
Kalau mahu menjadi pandai,
Hendaklah sentiasa rajin belajar.
Sungguh cantik berbaju baru,
Baju dipakai oleh Cik Siti;
Hormatilah ibu bapa dan guru,
Ilmu dipelajari lebih diberkati.
Baju dipakai oleh Cik Siti;
Hormatilah ibu bapa dan guru,
Ilmu dipelajari lebih diberkati.
Apabila dipakai ramai memuji,
Baju bercorak pokok kelapa;
Sentiasalah rajin mengulang kaji,
Apa dipelajari tidaklah lupa.
Baju bercorak pokok kelapa;
Sentiasalah rajin mengulang kaji,
Apa dipelajari tidaklah lupa.
Cantik sungguh baju kebaya,
Disidai orang di tepi perigi;
Jika malu hendak bertanya,
Diri sendiri yang akan rugi.
Disidai orang di tepi perigi;
Jika malu hendak bertanya,
Diri sendiri yang akan rugi.
Berbaju kurung pada pagi raya,
Semua orang cantik berseri;
Kalau nanti sudah Berjaya,
Jangan pula lupa diri.
Semua orang cantik berseri;
Kalau nanti sudah Berjaya,
Jangan pula lupa diri.
No comments:
Post a Comment